
s

ni poster yang ai letak di sebelah arch...






KUALA LUMPUR 12 Sept. - Jika anda ingin mencari kelainan dan kembali ke era 60-an dan 70-an dengan membayangkan suasana retro di restoran-restoran Amerika Syarikat (AS), restoran di bawah pengurusan Yellow Cab Food Corp. Sdn. Bhd. (Yellow Cab) ada menawarkannya.
Malah, di hadapan restoran itu terdapat deretan vespa klasik berwarna kuning bagi menggantikan teksi kuning yang terdapat di AS untuk perkhidmatan penghantaran makanan.
Nama Yellow Cab dipilih berdasarkan teksi-teksi kuning yang terdapat di metropolitan New York, AS.
Pengasas restoran itu sengaja memilih nama berkenaan kerana taksub dengan piza dari New York, ikon teksi kuning selain mahu sesuatu yang lebih kasual pada premisnya dengan mengenakan konsep warna kuning dan retro.
Namun, di Malaysia, pihaknya menggantikan teksi kuning dengan vespa kuning yang didapati lebih unik dan sesuai dengan persekitaran di negara ini.
Restoran Yellow Cab di sini yang bukan kategori syarikat francais dimiliki Yellow Cab Corporation Sdn. Bhd. (Yellow Cab), diasaskan di Filipina.
Kini, syarikat itu sudah menembusi pasaran Malaysia dengan membuka tiga buah restoran berkenaan di negara ini terutamanya di Lembah Klang iaitu di kompleks beli-belah Ampang Point, Bukit Bintang dan Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru di sini.
Pengurus Sumber Manusia Yellow Cab Malaysia, Nor Aida Aznita Azizan berkata, berdasarkan permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan, pihaknya merancang untuk membuka Yellow Cab di Bukit Kiara dan Jalan Telawi Bangsar pada tahun depan.
Katanya, tumpuan operasi Yellow Cab buat masa ini adalah di Lembah Klang berikutan permintaannya yang amat tinggi berbanding di tempat lain.
''Kos membuka sebuah premis Yellow Cab adalah RM1 juta hingga RM2 juta,'' katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Selain suasana restoran yang kasual, keistimewaan lain restoran Yellow Cab adalah pada pizanya yang bersaiz besar, bahan salutan atas piza yang mewah serta rasanya yang lebih lazat.
Yellow Cab menawarkan tiga pilihan saiz piza yang iaitu bermula dengan 10 inci, 14 inci dan 18 inci.
''Piza kami memang terkenal kerana kelainan, malah, penduduk Singapura juga sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pizza dan hidangan sampingan yang ditawarkan Yellow Cab,'' kata Nor Aida Aznita.
hehehehehehehehe.........




hye korg.... assalamualaikum....
just nk bgtau korg... klu ade papeprogram jgn teragak2 tuk invite aku tau... aku available je skrg .... still jd full time housewife tuk nazri... boring gler life nie.... nk kuar sorg2 xde mood... klu mintak izin pn gerenti x bg sbb bile tnye kuar ngan sape.. mesti jwpn aku ... 'sorg2x'...actually yellow cab(yc) pggil aku keje blik... tp malasla...bg naik gaji pn tp klu idup aku cam xde life je, boring gak.. tp aku msih dlm proses berfikir..bkn pe cian gak kt yc tu..time bisnes aku stop dlu dorg bg aku keje..skrg dorg tgh desperate sbb xde staff yg can be trusted, xkn aku xnk tlg kn... . wat mse ni aku x jlnkn pape projek yg aku planning lg sbb nazri ckp... 'rlex dlu kt umah... die x puas lg aku msak tuk die...'borak2' ngan die atas katil... sbb klu dh start pape pn projek aku msti dh xde mse tuk sume tu... aku x amik lg album ngan fahizal... video pn xg amik lg... kang nnt aku dh amik klu korg free kite leh kuar somewhere tgk rmai2 aksi kite dlm ujan aritu...
ok lah... aku ni dh mcm tulis blog plak...kt cni aku tag 2 nurul iman sbb aku xtau yg mne stu nurul iman yg aku cri....klu terkena kak nurul iman yg bru jd mummy tu... xpela kak yea... akak layan je la...bye2...salam....